Assalamualaikum sahabat-sahabat yang ana kasihi sekalian. Masa kian berlalu. Musim panas mengujung tiba di bumi Mutah, Jordan ini. Terlintas di hati ana untuk menulis sedikit pendapat untuk dikongsikan bersama.
Mengenai lelaki, wanita dan musim panas. Bagaimana nak mula ya? Ok. Kita mula. Ana teringat kata-kata seorang ustaz semasa mengikuti satu kem dahulu dalam ceramahnya, mengenai lelaki dan wanita. Dia berkata
"Lelaki senanglah. Suruh wanita pakai tudung. Baju besar. Panjang dan sebagainya. Cuba lelaki pakai yang sedemikian duduk tengah panas.Konfem pengsan. Ini menunjukkan bahawa wanita ini lebih tinggi mujahadahnya daripada lelaki."
Ana pun terfikir, ada benarnya kata-kata ustaz ini. Kadangkala, kita pun merungut.
"Ya, Allah. Panasnya hari ni."
Ana pun pernah juga. Tetapi apabila melihat saudari-saudari kita dalam kalangan arab khususnya, cukup-cukup hebat. Kita pakai baju lengan pendek sahaja. Segelintir dalam kalangan wanita arab cukup hebat. Pakai tudung labuh. Pakai jubah. Tutup muka. Kadang-kadang ada yang ana lihat, mata pun ditutup. Ya ALLAH. Cukup hebatnya mujahadah mereka. Kadang-kadang ana pun terasa lemah betul diri. Ana 100% kalau orang suruh pakai macam wanita arab tersebut. Berjalan tengah panas. Bersesak-sesak dengan kereta. Ana tak sanggup. Ana x mampu. (kalau kome mampu buat ler)
Tingginya mujahadah seorang wanita. Sebenarnya, tidak timbul isu siapa lebih hebat. Pada ana, lelaki dan wanita ada kelebihan masing yang tersendiri. Lelaki ada kemampuan yang tidak dimiliki oleh wanita. Begitu juga sebaliknya. Itulah sebab mengapa perlunya perkahwinan antara lelaki dan wanita. Bukannya Gay atau Lesbian. Perkahwinan itu melengkapi antara satu sama lain. Lelaki boleh angkat tong gas. Wanita boleh mengandungkan anak. Banyak lagi contoh yang kita boleh fikirkan.
Akhir kata, pada ana wanita yang menutup aurat ini cukup hebat. Tinggi kesabaran. Sangat tabah dan banyak lagi. Sebab itulah, cari isteri yang menutup aurat. Yang solehah. Mudah. Dosa tidak terbeban. Bahkan sentiasa menyenangkan kita. Kalau dengan panas matahari pun boleh bersabar. Ana yakin wanita seperti ini dapat menjalani kehidupan bersama suami mereka dengan sabar. Kalau dengan suruhan ALLAH pun tidak boleh sabar. maka bagaimana pula dengan suami dan anak-anak nanti.
Ana ingin buat satu konklusi. Macam sains dulu-dulu. Semakin bertambah tutup wanita itu, semakin bertambah kesabaran dalam dirinya.
Mungkin ada yang kata, tidak semua yang menutup aurat itu baik. Kadang-kadang mulut macam apa je. Ana akan bahaskan dalam pos yang akan datang. Insya-ALLAH. Tapi percayalah, wanita yang baik itu dalam kalangan yang menutup aurat.
Wassalam.

![]() |
| Mujahadah cukup tinggi |